by Fatynn Che Ros on Saturday, 11 December 2010 at 01:24
saya ini daun di celahan langkahnya.
terbang-terbang,mengikut jejaknya.
tiada sedar,saya akhirnya dia pijak ;)
saya ini hembusan angin di bahu kirinya.
meniupkan bahagia pada kanannya.
belum sempat berdingin,dia membelakangi saya ;)
saya ini pelangi pada langit cerahnya.
warnai kesayuan selepas hujannya.
sejenak tersenyum melihatkan saya,dia berpaling memilih awan ;)
saya ini kanta mata kasarnya,
menelitikan pandangan dunia kecilnya.
bila terjelas yang lebih sempurna,saya diretak lalu mengabur ;)
saya ini syiling 1 sennya,
hadirkan diri lengkapi 10 sennya,
bila ditangan menggengam seringgit,saya bukan lagi duit ;)
saya ini air kosongnya,
legakan segala perit tekak sakitnya.
saat sihat,airnya berwarna bukanlah kosong ;)
saya ini harus senyum begini ;)
bukanlah harus menangis begitu ;(
bukankah saya sudah mengerti ertinya SAYA?
maka ini bukanlah punca untuk berduka.
kerana saya ini,bukan siapa-siapa ;)
*untuk sesiapa saja yang pernah berada di sebelah.kawan dan cinta.*
*buatlah saya seperti apa pun,bila awak susah,saya pasti ada*
*suka.cinta.sayang.*
saya,fATYnn ;)

No comments:
Post a Comment